Hubungan lama dan mesra antara berbagai-bagai
kelompok etnik Sarawak telah menjadi suatu unsur penting dalam memastikan kestabilan
politik di negara ini yang mempunyai berbagai-bagai kaum. Walaupun terdapat gangguan dalaman dan
pergaduhan antara parti-parti komponen
Barisan Nasional yang tidak boleh dinafikan, kesemua ini dapat diatasi oleh para individu dan parti berkait tanpa menjejaskan kekuatan dan kestabilan parti gabungan.Dalam Pilihan Raya Negeri pada tahun
1991, BN memenangi kesemua 56 kerusi yang ditandingi, dengan 57 daripada 62 kerusi dimenangi pada tahun
1996 serta 61 daripada 62 kerusi pada tahun
2001. Untuk kerusi-kerusi
Parlimen pula, BN Sarawak memenangi kesemua 28 kerusi yang ditandingi pada tahun
1995 dan tahun
1999.
Pilihan raya umum pada tahun 1999 memperlihatkan BN Sarawak memenangi 27 daripada 28 kerusi. BN Sarawak akan bertanding di dalam 71 buah kawasan pilihan raya negeri untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun
2006.Terdapat sembilan buah kawasan pilihan raya yang baru, iaitu
Opar dan
Kota Sentosa (Divisyen
Kuching);
Lingga (
Sri Aman);
Balai Ringin (
Serian);
Bukit Saban (
Betong);
Daro (
Mukah);
Bekenu dan
Pujut (
Miri); serta
Batu Danau (
Limbang). Empat buah kawasan pilihan raya telah dinamai semula, iaitu Serdeng yang kini dikenali sebagai
Semop; Matu Daro (
Jemoreng); Limbang (Bukit Kota); dan Lawas (
Bukit Sari). Tiga buah kawasan pilihan raya parlimen juga dicipta, iaitu
Igan,
Sibuti. dan
Limbang.Antara 71 buah kerusi negeri, Majlis Agung BN Sarawak telah memutuskan pembahagian seperti yang berikut:Kesemua 71 kerusi dijangka akan ditandingi, dengan parti-
parti pembangkang, iaitu
Parti Kebangsaan Sarawak (
SNAP),
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), dan
Kongres Dayak Malaysia (MDC), menunjukkan bahawa mereka akan bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang strategik.Pilihan-pilihan Raya Negeri Sarawak sering memperlihatkan pertandingan berbilang parti, dengan calon-calon bebas juga menyertainya – kekadang sehingga enam orang pesaing untuk satu kerusi. Arah aliran ini dijangka akan diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri 2006.Jumlah pengundi di Sarawak, menurut
Warta Kerajaan pada
16 Mac 2006, ialah 892,537 orang, satu kenaikan sebanyak 9.2% daripada 817,460 orang pengundi pada tahun
1996.